Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Paul Ryan menyeru semua anggota Republikan untuk bersatu di belakang calon parti tersebut bagi pilihan raya presiden, Donald Trump sekaligus menamatkan perbalahan beliau dengan Trump.
Ryan menulis di dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh CNN pada hari Sabtu lalu bahawa Amerika perlu memilih Trump dan bukan pesaing beliau dari parti Demokratik iaitu Hillary Clinton jikalau mereka merasa sudah muak dengan 'jalan kemerosotan yang sedia ada' dan mahukan sebuah 'alternatif yang menawarkan lebih banyak kebebasan'.
Ryan yang merupakan perwakilan Republikan paling kanan di negara itu berkata bahawa barisan calon kongres daripada partinya akan membuka jalan bagi sebuah 'kerajaan Republikan yang bersatu' sekaligus membolehkan kerajaan tersebut memerangi isu seperti kemiskinan dan keselamatan sempadan di bawah kepimpinan Trump.
6 November 2016 - 16:34
News ID: 790202
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Paul Ryan menyeru semua anggota Republikan untuk bersatu di belakang calon parti tersebut bagi pilihan raya presiden, Donald Trump sekaligus menamatkan perbalahan beliau dengan Trump.